Jumlah Pengunjung

Tuesday 19 March 2013

Ujibakat Sama Tapi Tak Serupa...HADIAH UTAMA RM5 Juta !!!




Keterdesakkan seseorang boleh mendorong untuk  melakukan apa sahaja apatah lagi bagi memulihkan imej menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).


Inilah yang sedang dilakukan oleh seorang tokoh pembangkang yang terdesak. Tak perlu penulis nyatakan identiti, terpulang kepada sesiapa sahaja untuk tafsir.

Terbaru, khabarnya tokoh berkenaan telah melancarkan gerakan secara senyap-senyap untuk mencari individu terutama di Thailand, yang seiras dengan wajah dan susuk badannya.

Jika pencarian itu berjaya, individu itu akan dipujuk untuk mengaku terlibat dalam satu perlakuan yang mencetuskan kegemparan di negara ini, tidak lama dulu.

Yang pasti imbuhannya sangat lumayan. Lalu si tokoh itu akan berdegar-degar menyatakan bahawa dia bersih dan seperti biasa beliau menjadi mangsa konspirasi pihak tertentu.

Jika benar apa yang penulis dengar maka kita tunggulah perkembangannya nanti. Sama ada misi itu berjaya atau sebaliknya, tetap menarik untuk diperkatakan.



(SUMBER)

No comments:

Post a Comment

Member BSK