Jumlah Pengunjung

Tuesday 5 March 2013

Tian Chua Lari Dari Di Saman UMNO !!!




Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua perlu menarik semula kenyataannya yang mengaitkan UMNO dengan pencerobohan di Sabah dan meminta maaf kepada parti itu atau menghadapi tindakan undang-undang dalam masa terdekat.

Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak ketika dihubungi Utusan Online melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan surat tuntutan kepada Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang telah dihantar ke pejabatnya di Parlimen Batu.

Katanya, Ahli Parlimen Batu itu perlu menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada UMNO dalam tempoh tujuh hari bekerja bermula hari ini sebelum ia difailkan di mahkamah.

Turut dipohon ialah satu ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya.
Laman UMNO-Online yang memetik kenyataan Setiausaha Agung parti, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan tersebut dibuat terhadap Tian Chua selepas diarahkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Tindakan undang-undang itu diambil ekoran kenyataan yang dibuat Tian Chua adalah tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej UMNO," kata beliau.




No comments:

Post a Comment

Member BSK