Jumlah Pengunjung

Monday 11 March 2013

TERKINI...Serangan Udara Akan Di Lancarkan Lagi !!!



Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, berdasarkan situasi semasa pihaknya yakin kumpulan itu tiada pilihan selain cuba memasuki kawasan Kampung Tanduo.

Pengganas tidak mungkin akan dapat melepasi kepungan, cuma mereka akan keluar dari Kampung Tanjung Batu dan kembali ke Kampung Tanduo.

Pada masa ini keutamaan adalah bagi menggeledah dan membersihkan Kampung Tanduo dan apabila selesai kita akan menggempur Kampung Tanjung Batu.

Keutamaan pada masa ini adalah menggeledah dan membersih kawasan Kampung Tanduo yang dipercayai masih terdapat saki-baki kumpulan pengganas yang bersembunyi dalam kawasan hutan.

Beliau berkata, kawasan kepungan di kedua-dua kampung berkenaan juga telah dikecilkan, masing-masing kepada kurang daripada empat kilometer persegi.

Mereka ini amat licik dan mahir laluan antara Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu yang mempunyai banyak kawasan paya.

Ditanya sama ada akan menggunakan serangan udara, beliau tidak menolak kemungkinan itu sekiranya perlu.





No comments:

Post a Comment

Member BSK