Jumlah Pengunjung

Sunday 10 March 2013

TERKINI...Pengganas Gelabah Di Kepung TENTERA MALAYSIA !!!



Pasukan keselamatan yakin anggota militan bersenjata dari Selatan Filipina kini bergerak dalam kumpulan kecil setelah terperangkap dalam kepungan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira 130 kilometer dari sini. 
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawalan ketat yang dilakukan di lokasi berkenaan sejak Op Daulat dilancarkan bagaimanapun tidak memungkinkan penceroboh bersenjata itu memboloskan diri. 
 
"Berdasarkan kejadian dan tindakan yang diambil, kami berkeyakinan besar bahawa sememangnya mereka kini terperangkap di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.  Jadi, kami akan meneruskan kepungan dan membuat penggeledahan, fokus kami kini tertumpu pada kedua-dua tempat dan kepungan dikekalkan bagi mengelak pihak musuh masuk semula ke Kampung Tanduo selepas melarikan diri ke Tanjung Batu," katanya dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini. 




No comments:

Post a Comment

Member BSK