Jumlah Pengunjung

Friday 8 March 2013

TERKINI...Ops Daulat: Pengalaman Baru Buat “Weapon Sensor Officer” !!!

3684124369_9d09e013ee_z


PENGGUNAAN pesawat pejuang F/A-18D Hornet oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi memusnahkan kedudukan lanun-lanun Sulu di Kampung Tandao pada 4 Mac lepas, sebetulnya memberikan pengalaman baru  kepada 3 pegawai Weapon Sensor Office (WSO) yang terlibat dalam operasi tersebut.
Dalam operasi itu, memang juruterbang yang melepaskan bom jenis LGB Paveway II, tapi WSOlah yang membuat keputusan bila bom tersebut perlu dilepaskan.
Sememangnya jawatan ini dan bidang tugas mereka dalam TUDM, jarang diberi publisiti kepada orang awam kerana tidak seperti juruterbang, WSO tidak mengawal pesawat tersebut walaupun beliau diberikan latihan asas penerbangan.
Dalam kes pesawat F/A18D Hornet, ramai tahu pesawat tersebut mempunyai 2 tempat duduk, tapi tak ramai yang tahu bahawa pegawai yang duduk di belakang juruterbang itu adalah WSO yang membantu juruterbang dalam operasi serangan, navigasi dan sebagainya.
Dengan adanya WSO, juruterbang mampu menumpukan perhatian kepada pengendalian pesawat dan serangan udara ke udara tanpa perlu memikirkan operasi persenjataan lain dan sensor tertentu yang akan diuruskan oleh WSO dibelakang.
Di Malaysia, bidang tugas sebagai WSO adalah luas kerana kebanyakkan pesawat canggih yang dimiliki TUDM sekarang, seperti Sukhoi 30 MKM dan F/A 18D Hornet sendiri, mempunyai duo seats.
Malah, dari 3 pesawat MRCA generasi baru yang disenarai pendek untuk menggantikan pesawat MIG 29N nanti, iaitu Eurofighter Typhoon, Rafale dan F/A 18F Hornet, kesemuanya boleh dioperasikan dalam (BACA SETERUSNYA)





No comments:

Post a Comment

Member BSK