Jumlah Pengunjung

Friday 8 March 2013

TERKINI... LAGI PENCEROBOH DI TEMBAK MATI !!!



Op Daulat masih lagi diteruskan di dua kawasan operasi iaitu di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, Labian. Sejak petang semalam hingga ke saat ini, pasukan keselamatan terus mara ke kawasan-kawasan tertentu. Nasihat kepada orang ramai agar tidak mendekati dan memasuki ke kawasan-kawasan tersebut.

Setakat ini, KPN dan Panglima ATM berpuas hati dan berterima kasih kepada orang ramai kerana memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan keselamatan.

Dimaklumkan terdapat sebaran melalui sms dan media sosial pada 6 Mac 2013 berkaitan kemasukan 700 orang di kota kinabalu dan 700 orang lagi di tawau untuk menimbulkan suasana huru hara dan menganggu ketenteraman awam. Di dalam dokumen yang disebarkan tersebut, polis diminta berhati-hati dan meningkatkan kawalan tahap keselamatan.

Saya menyeru orang ramai supaya tidak terus menyebarkan maklumat ini kerana keadaan keselamatan di sabah adalah terkawal.

No comments:

Post a Comment

Member BSK