Jumlah Pengunjung

Monday 4 March 2013

TERKINI.. KRISIS Berlarutan Ke Semporna SABAH !!!



SABAH. Krisis di sabah kini telah bertukar menjadi Konflik yang besar. Pertempuran berlaku di berberapa kawasan di antara pasukan keselamatan dengan pihak musuh.

Lima anggota polis termasuk anggota E1 Cawangan Khas terkorban semasa operasi mengesan senjataapi dan lelaki tak dikenali. Saya sedih dan sebab semasa membaca mesej2 terakhir arwah semasa dalam pertempuran. Namun saya juga sangat berbangga pasukan keselamatan kita berjaya mengesan kedudukan2 musuh ini dan melakukan sekatan dan kepungan... memburu membunuh dan menangkap musuh2 ni.

Dua kampung di Kunak di kepung oleh PGA dan tentera dan operasi mencari dan memusnah sedang berlangsung sekarang ini. Siren berbunyi dan amaran supaya JANGAN KELUAR RUMAH di keluarkan.



Anggota Polis dan tentera bertempur bersama2. Tiada rundingan tiada belas kasihan. Pasukan Keselamatan memburu di segenap sudut.

Skill Musuh

Risik melaporkan bahawa pihak musuh berpengalaman dalam perperangan gerila dan memiliki skill taktikal kombat yang agak baik.


Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata musuh tahu yang pihak keselamatan susah untuk merapati kedudukan mereka tanpa di kesan. Namun begitu pihak tentera dengan pantas berjaya aturgerak dan mereka kini terkepung dan perancangan sedang di buat untuk memusnahkan mereka.

Tentera Laut dan Polis Marin juga masih mengekalkan jaringan blockade yang paling ketat. Terdapat laporan berberapa insiden di laut dan musuh gagal melakukan reinforcement.


Ambush Kampung Sri Jaya Siminul in Semporna


Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar menerangkan pada hari Sabtu sepasukan polis di hantar untuk menjalankan siasatan mengenai sekumpulan lelaki yang tidak di kenali dan bersenjata kelihatan di Kampung Sri Jaya Siminul.

Sebaik sahaja memasuki kampung mereka terus di serang pada petang itu dan lima anggota polis terkorban dan serangan keji itu.

Pasukan tersebut membalas tembakan dan membunuh dua penembak sebelum terkepung. Pada pukul 3 petang Ahad Task Force telah memasuki kampung tersebut dan menggempur kedudukan musuh. Hasil serbuan tersebut 19 anggota polis berjaya di selamatkan.

Ismail juga berkata pihak polis berjaya menemui semula tubuh salah seorang anggota yang terkorban. Dalam masa yang sama enam bangkai sulu juga di temui di kampung tersebut.


Ismail juga berkata tiada anggota polis yang di jadikan tawanan. Sebaliknya berlaku standoff antara pihak polis dan musuh. Pasukan yang terperangkap menyerahkan tanggungjawab memburu dan memusnahkan musuh kepada strike team yang tiba pada pukul 3.

The SUN Daily melaporkan tiga dari anggota polis yang gugur dalam serang hendap tersebut telah di tetak dengan parang dan keris oleh lelaki2 yang di percayai penduduk kampung berbangsa Tasaug.

Dalam berita yang sama juga melaporkan kumpulan yang menyerang hendap anggota polis itu di ketuai oleh seorang guru agama yang mana pengikutnya telah mengamuk dengan senjata tajam.



Alfatihah dan Takziah buat 6 Perwira negara yang gugur semasa bertugas di Semporna Sabah. Berikut ialah Senarai nama-nama anggota keselamatan yg terkorban di Semporna akibat serang hendap MUSUH.


1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.

2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna

3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah

4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau

5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau

6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau

Lelaki Bersenjata di Kunak

Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar juga melaporkan bahawa pihak perisikan menerima maklumat pada pukul 10 malam sabtu tentang 10 lelaki bersenjata api dan parang di kesan memasuki Kampung Lormalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

Reaksi pantas polis dan tentera menyebabkan musuh melarikan diri dan bersembunyi. Pasukan keselamatan telah mengepung dan operasi memburu sedang di jalankan.

Situasi Kampung Tanduo

Tiga lelaki tua cuba menyusup keluar dari kepungan polis dan berjaya di tahan. Dipercayai terdapat berberapa cubaan untuk menyusup keluar tetapi semuanya gagal.

Saya akan tulis kronologi serangan pertama Sulu dalam artikel yang lain. Apapun infografik dari NST ni sangat berguna untuk menggambarkan kejadia serangan awal tersebut


Phak musuh menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69.

Dua anggota yang terkorban itu Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud telah melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan. Pihak musuh berundur dan menembak grenad 203 kearah pos kawalan untuk cover penyerang mereka.

Namun komando 69 membuat serangan kilat dan berjaya membunuh 12 orang sulu di rumah panjang yang mereka duduki. Saki baki musuh kemudiannya berundur kembali ke arah Surau Lama kampung Tanduo dan bertahan di situ.







No comments:

Post a Comment

Member BSK