Jumlah Pengunjung

Thursday 7 March 2013

TERKINI.. Apa Kaitan Lelaki Ini Dengan Peristiwa Di Lahad Datu ???



KUALA LUMPUR - “Saya rela menghunus kembali senjata andai khidmat diperlukan bagi mempertahankan kedaulata negara.

Demikian kata Halim Ishak, 47, bekas polis yang pernah menganggotai pasukan VAT 69 ketika ditemui di selepas majlis Warisan Darah Perwira di Pusat Darah Negara, semalam.

Katanya, kejadian pencerobohan di Sabah menaikkan semangatnya walaupun sedar sudah bersara daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Halim berkata, pengorbanan lapan wira negara sehingga ke titisan darah terakhir seharusnya menjadi motivasi untuk menaikkan lagi semangat pasukan keselamatan bagi menentang penceroboh.

“Mereka yang terkorban adalah perwira negara. Kami selaku senior dan bekas polis berasa bangga dengan pengorbanan mereka,” katanya.

Halim berkata, anggota keselamatan perlu sentiasa bersedia kerana kejadian yang berlaku itu hanya bersifat sementara dan musuh boleh melakukan serangan balas ala gerila pada bila-bila masa.

Dalam pada itu Halim berkata, kerajaan disarankan supaya menyalurkan bantuan berterusan kepada anak-anak wira negara yang terkorban.

“Itu lebih penting bagi menjamin masa depan waris perwira negara,” katanya.

Hanafiah Atan, 53, yang juga merupakan veteran VAT 69 berkata, beliau berdoa agar keselamatan sahabat-sahabatnya yang bertugas di Lahad Datu terjamin.

“Berjuanglah dengan ikhlas bagi menjaga kedaulatan negara,” katanya.






No comments:

Post a Comment

Member BSK