Jumlah Pengunjung

Wednesday 13 March 2013

TERKINI.. Anwar Datang Melawat LAHAD DATU !!!




Apabila tercetus pertempuran dengan lanun-lanun Sulu, orang pertama yang mengeluarkan kenyataan mengecam, memperlecehkan dan menghina pasukan keselamatan Malaysia adalah Lim Kit Siang. Kematian dua orang anggota polis pada 1 Mac dalam serangan hendap lanun-lanun Sulu membolehkan dia melepaskan segala kebenciannya terhadap institusi kepolisian yang selama ini menjadi duri dalam daging buatnya.

Lebih-lebih lagi apabila bapa Lim Guan Eng itu masih lagi dihantui kegagalannya pada 13 Mei 1969 untuk menguasai Malaysia menerusi cubaannya mewujudkan pertempuran dan peperangan antara kaum di Malaysia.

Pada 3 Mac, selepas serangan hendap lanun-lanun Sulu ke atas anggota pasukan keselamatan di Simunul, Semporna , Lim Kit Siang telah menyarankan agar Najib Abdul Razak segera melawat Lahad Datu dan kawasan pertempuran bagi menunjukkan yang dia adalah seorang Perdana Menteri yang prihatin terhadap keselamatan rakyat dan penduduk Sabah.

Najib Abdul Razak telah ke Lahad Datu beberapa hari lepas. Bahkan ke kawasan pertempuran melawat anggota-anggota pasukan keselamatan tanpa mengenakan baju kalis peluru pun. Manakala Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pula telah ke Lahad Datu dan Semporna dua hari lepas, juga untuk tujuan yang sama.

Pandai benar APEK PUAKA pencetus Tragedi 13 Mei 1969 itu buat cabaran. Barangkali dia menyangkakan, pemimpin-pemimpin UMNO semuanya kecut perut dan penakut sepertinya, lantas dia mengeluarkan cabaran tersebut pada 3 Mac menerusi blognya. (BACA DI SINI)

Malangnya, Kit Siang dan Anwar Ibrahim sebelum konflik tersebut boleh dikatakan setiap minggu berada di Sabah, berkempen dan berceramah tiba-tiba sahaja LANGSUNG TIDAK BERANI menaiki pesawat ke mana-mana bahagian Sabah. Sebaliknya mereka lebih selesa berada di Semenanjung, menyalak dan terus melakukan tohmahan serta hasutan semata-mata untuk PRU13 yang dilihat lebih besar daripada segala-galanya.

Mengapa agaknya, Kit Siang dan Anwar Ibrahim langsung tidak berani menjejakkan kaki ke Sabah dalam tempoh terdekat ini? Mengapa mereka lebih gemar menyalak, membuat kenyataan yang sekadar bersifat retorik dengan memuji-muji pasukan keselamatan yang sebelum itu mereka keji, seranah, caci maki dan hamun terutama selepas rakyat Malaysia mulai menunjukkan kemarahan yang meluap-luap terhadap Tian Chua yang menyatakan bahawa kejadian di Lahad Datu adalah SANDIWARA semata-mata. Bahkan Tian Chua sendiri pun telah mula mengubah cakap-cakapnya berkenaan perkara yang sama sehingga melihat tindakan menyaman sesiapa sahaja yang memburaikan kenyataannya pada 1 Mac menerusi TWITTER dan KEADILAN DAILY, dianggap sebagai cara terbaik untuk menutup mulut dan melindungi kesalahannya.

Najib dan Muhyiddin telah menyahut cabaran. Bila pula pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat mahu menunjukkan keprihatinan mereka terhadap rakyat Sabah khususnya di Lahad Datu dan Semporna dengan membuktikan mereka adalah pemimpin yang sanggup berada di barisan hadapan, bukannya menyalak dari belakang seperti sekarang?

Dan bila pula, NGO-NGO seperti BERSIH, SUARAM, SAMM dan sebagainya termasuklah Pakatan Rakyat mahu mengadakan demonstrasi besar-besaran memenuhi jalan-jalanraya di seluruh Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan terhadap pasukan keselamatan Malaysia yang mempertaruhkan nyawa dan keselamatan diri selain mengutuk lanun-lanun Sulu itu?

Bila lagi?


(SUMBER)

No comments:

Post a Comment

Member BSK