Jumlah Pengunjung

Wednesday 20 March 2013

SAKSI NAMPAK WAN AZIZAH MENJERIT KENA TIBAI !!!




Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dicabar memecat Mohd. Fareez Kamal Intidzam berikutan kandungan surat yang dibangkitkan oleh Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang itu telah memburukkan parti.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip menegaskan, kegagalan Wan Azizah memecat Mohd. Fareez boleh mengundang pelbagai tanggapan terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya ingin bertanya adakah ini merupakan sandiwara terbaharu PKR atau ada sesuatu yang tidak kena? Apa maksud hubungan rapat Mohd. Fareez dan Anwar sehingga Wan Azizah cemburu?



"Pastinya pembangkang juga mahu melihat sandiwara ini segera ditamatkan oleh Wan Azizah. Dia tidak seharusnya terus mendiamkan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Mohd. Fareez yang merupakan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dipetik sebagai berkata, Wan Azizah tidak layak memimpin PKR kerana beliau sendiri tidak boleh bertanding kerusi Parlimen.



Beliau yang rapat dengan Anwar telah membuat laporan polis kerana mendakwa dia dan ahli keluarganya telah diancam selepas pendedahan sepucuk surat bertarikh 3 Mac lalu yang diutuskan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam surat itu, beliau menyatakan hanya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali layak memimpin parti demi kecemerlangan pakatan pembangkang menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.


No comments:

Post a Comment

Member BSK