Jumlah Pengunjung

Tuesday 5 March 2013

Ramai Mahu Tian Chua Mati !!!







UMNO sudah memulakan tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua atas kenyataan berunsur fitnah beliau yang mengaitkan parti itu dengan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari Filipina di Lahad Datu, Sabah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, UMNO menerusi Penasihat Undang-undang parti, Hafarizam Wan and Aisha Mubarak telah menghantar surat tuntutan mengandungi lima perkara terhadap Tian Chua iaitu dalam masa tujuh hari bermula hari ini, beliau antaranya perlu menarik balik kenyataan itu dan membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis.

Menurutnya, langkah itu diambil kerana segala tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej UMNO.

Tian Chua memang berniat jahat dan berhati busuk dengan menganggap kes kematian pasukan keselamatan di Lahat Datu sebagai sandiwara.

Sementara itu Adun Sungai Rapat bersama 30 wanita dan ketua kampung telah membuat laporan polis terhadap kebiadapan Tian Chua menghina kematian pasukan keselamatan.

Menurut YB Dato Hamidah Osman, laporan polis ini dibuat bertujuan untuk membolehkan pihak berkuasa menyiasat dengan lebih terperinci adakah Tian Chua terlibat sama dengan dalang kemasukan puak pemberontak.

Dengan laporan polis ini juga diharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemimpin pembangkang yang cuba merosakan ketenteraman awam.



No comments:

Post a Comment

Member BSK