Jumlah Pengunjung

Wednesday 20 March 2013

Penyokong PAS Di PENDANG KEDAH MUNTAH DARAH !!!



Bukan lagi rahsia apabila ramai penganut-penganut agama PAS di Pendang kecoh membicarakan tentang Timbalan Presiden mereka, Mat Sabu, yang betul-betul “pulun” mahu bertanding di Parlimen Pendang pada PRU ke-13.
Mat Sabu baru-baru ini diberitakan telah berkunjung ke pasar malam Pendang bagi menjemput rakyat di parlimen itu untuk ke rumahnya bagi tujuang kenduri kesyukuran.
Menurut Mat Sabu, dia baru masuk ke rumah tersebut. Namun tidak pula dinyatakan sama ada dia membeli rumah itu atau menyewa dari penduduk di situ.
Pandangan para penganut agama PAS di Pendang mengenai Mat Sabu terbahagi kepada dua. Satu golongan mengalu-alukan pencalonan Timbalan Presiden itu di parlimen mereka, manakala satu golongan lagi menentang keras.
Menurut tinjauan di Unit Peti Undi di sekitar parlimen itu, golongan menentang lebih ramai dari yang menyokong kehadiran Mat Sabu sebagai Ahli Parlimen mereka.
mat sabu syiah
Nak tahu kenapa? Kata mereka, Mat Sabu ialah “bapa Syi’ah” di dalam PAS!
Salah seorang penyokong PAS “totok” yang enggan disiarkan namanya berkata, golongan Syi’ah semakin ramai di Pendang dan mereka-mereka itulah yang mahu Mat Sabu tercalon bertanding sebagai Ahli Parlimen di situ.
Katanya, majoriti ahli PAS di kawasan itu berdiri teguh di belakang Tok Guru Hj Rahim, salah seorang tokoh ulama PAS tempatan yang meletak jawatan setelah merasa tidak puas hati dengan tindakan partinya yang terlalu “sesat” sejak berkuasa di Kedah.
Dia yang tinggal di Bukit Raya mendakwa sebuah masjid di Alor Pudak dikatakan menjadi markas kuat penganut PAS Syi’ah dan pengaruhnya semakin meluas di seluruh Kedah.
Dengan kehadiran Mat Sabu di Pendang, dijangka pengaruh Syi’ah akan menjadi lebih meriah diserikan oleh pemimpin mereka itu…
Katanya lagi, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak sebenarnya tidak suka dengan kehadiran Mat Sabu di Kedah memandangkan beliau pernah bersengketa dengan bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah itu dulu.
“Kami akan kerat Mat Sabu kalau dia jadi calon kat sini”, kata penyokong PAS “totok” itu sebelum mengakhiri perbualan kami di gerai di depan Petronas Pendang baru-baru ini…

One Response to “Kami Akan Kerat Mat Sabu Kalau Dia Jadi Calon Kat Sini…”



(SUMBER)


No comments:

Post a Comment

Member BSK