Jumlah Pengunjung

Friday 15 March 2013

Peguam ANWAR, Yuktes Vijay Mengaku Anwar Seorang PENIPU BESAR !!!



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat apabila pembantu kepada salah seorang peguam bela utamanya dalam kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan menarik diri daripada pasukan berkenaan.

Yuktes Vijay, 25, turut mendedahkan beberapa 'cerita dalaman' berhubung kes berkenaan menerusi dua pucuk surat terbuka yang boleh diakses menerusi beberapa laman blog terutama di AIDC (http://www.anwaraidc.com) dan MyNewsHub.

Yuktes sewaktu dalam pasukan peguam bela Anwar merupakan pembantu kepada peguam, Sankara Nair dan banyak membuat kerja-kerja penyelidikan berhubung kes tersebut.

Beliau turut mencabar Anwar menyamannya ekoran pendedahan melalui surat-surat itu.
Beliau turut menimbulkan persoalan kenapa Anwar tidak memberikan keterangan secara bersumpah sedangkan Ketua Pembangkang itu mendakwa tidak diberikan perbicaraan yang adil.

Yuktes berkata: "Apa yang benar, Anwar tidak ada keberanian untuk memberikan keterangan di mahkamah."
Beliau turut mencabar ahli-ahli pembangkang yang meragui tindakan Anwar supaya bertanya sendiri kepada pemimpin pembangkang terbabit bagi mendapatkan pengesahan.

Antara persoalan itu ialah kenapa Mohd. Saiful diberikan layanan istimewa seperti diberi bilik sendiri dan mengikuti Anwar ke luar negara sedangkan dia adalah kakitangan baharu?

Mengenai Mohd. Saiful, Yuktes memberitahu, pihak pendakwaan mengemukakan bukti bahawa adanya asid deoksiribonukleik (DNA) Anwar di dalam dubur Mohd. Saiful namun disebabkan putusnya rantaian keterangan (break in the chain of evidence), maka ia adalah bukti yang lemah.

Dalam pada itu, Yuktes ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, beliau tidak gentar untuk disaman Anwar, malah mempelawa Ketua Pembangkang itu menyamannya ekoran surat-surat terbuka terbabit.
Beliau juga bersedia untuk menyaman mana-mana pihak yang mendakwa dia telah dibeli oleh BN kerana menulis surat itu.

"Saya tak takut dengan Anwar. Saya tahu undang-undang dan bersedia untuk disaman. Saya mengaku menulis surat-surat ini. Malah, saya akan menulis surat seterusnya. Itu bergantung kepada keadaan," katanya.
Kata Yuktes, beliau menulis surat itu bagi melahirkan rasa kecewa terhadap tindak-tanduk Anwar.

"Saya tak suka cara Anwar berpolitik," tegasnya.


No comments:

Post a Comment

Member BSK