Jumlah Pengunjung

Saturday 16 March 2013

P.BALASUBRAMANIAM MATI DI BUNUH ???



Hilang sekejap kehangatan cerita Lahad Datu dan lanun-lanun Sulu. Terlupalah sekejap kehebatan anggota komando Malaysia yang berjaya menggertak Jamalul Kiram III dengan sekeping duit lima puluh sen yang diberikan kepada seorang anak kecil selepas merakamkan gambar-gambar rumah Jamalul Kiram III di sarangnya sendiri.

Kematian P.I Bala yang cukup terkenal dengan cerita kosongnya, benar-benar mengejutkan. Lebih mengejutkan lagi ialah apabila kematian tersebut berlaku ketika Anwar Ibrahim benar-benar memerlukan satu kekuatan untuk meneruskan usahanya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sama ada ianya disebabkan TEORI KONSPIRASI sepertimana yang cuba dikarang dan dipopularkan oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, atau kerana mautnya datang sebagai hikmah di atas pembohongan dan pendustaannya demi mendapatkan duit, atau sebagai pengajaran dan petunjuk kepada manusia yang mahu mencari kebenaran dalam hal ini, Balasubramaniam a/l Perumal telah membawa segala rahsianya ke liang lahad. Dia tidak boleh lagi berceramah, berbohong, menipu dan mereka-reka cerita. Dia juga tidak boleh lagi disoalsiasat, disaman mahupun digertak. Bahkan dia juga tidak dapat melarikan diri ke luar negara sepertimana yang dilakukannya selepas mengeluarkan Akuan Bersumpah kedua dahulu.

Namun ada sesuatu yang sangat menarik tentang kematiannya!!!

Balasubramaniam dikatakan tidak bersetuju dan tidak mahu meneruskan cerita-cerita fitnahnya terhadap Perdana Menteri dan isterinya. Bagaimanapun, desakan daripada Anwar Ibrahim serta tekanan daripada konco-konco Anwar Ibrahim, membuatkan Bala terpaksa meneruskan lakonan dan siri pembohongan berkenaan.

Tekanan itulah yang membuatkan Bala berada dalam keadaan stress dan tidak tenang. Penyakit jantung dan tekanan darah tingginya pula begitu memuncak apabila dia sudah terdengar tentang KORBAN yang perlu dilakukan demi untuk menarik simpati masyarakat.

Bala dikatakan sangat sedar, dia merupakan liabiliti terbesar dalam PKR. Dia terhutang budi dan telah mendapat banyak laba daripada perbuatannya. Dia tidak boleh lari dan terpaksa meneruskan siri lakonan walaupun di luar kehendaknya.

Sumber dalaman memberitahu, beberapa hari selepas dia keluar dari Pusat Perubatan Subang akibat serangan jantung pada 5 Mac, dia telah bertengkar dengan beberapa orang konco Anwar Ibrahim yang mahu memaksanya meneruskan kerja-kerja jahat menfitnah Najib dan Rosmah.

Chegu Bard dan R.Sivarasa Rasaiah dikaitkan dengan insiden berkenaan!

Bagaimanapun, sumber tidak menjelaskan tentang butir perbincangan antara Chegu Bard dan R.Sivarasa dengan Balasubramaniam. Yang pasti, menurutnya ada pertengkaran yang didengar dan ada nada mengancam terhadap Bala!

Barangkali juga, kerana itulah kut terdapat kesan lebam pada leher mayat Bala?

Dah macam cerita Teoh Beng Hock dan seorang Ahli Majlis Kajang yang juga merupakan pemimpin DAP ler plak yang kemudian dialihkan kesalahan tersebut kepada PDRM dan SPRM serta UMNO-BN. Apakah kali ini, UMNO-BN akan dipalitkan dengan kesalahan yang serupa sekalipun semua orang tahu, Balasubramaniam a/l Perumal berada dalam JAGAAN PKR SEPANJANG MASA?

Sehingga setakat ini, punca kematian Balasubramaniam adalah SERANGAN JANTUNG!


(SUMBER)

No comments:

Post a Comment

Member BSK