Jumlah Pengunjung

Friday 15 March 2013

NURUL IZZAH Berpeluh !!! Ha..Ha..Ha...




Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar disindir kerana tidak dapat membezakan antara Pasukan Polis Hutan (PPH) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Merujuk sedutan rakaman ceramah berkenaan di YouTube, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu seolah-olah keliru apabila bercakap tentang PPH dan PGA serta kaitannya dengan insiden pencerobohan pengganas dari Sulu di Sabah.
''Masalahnya ialah masalah struktur. Semua polis itu ramai, kebanyakan besar dihantar jadi polis hutan, 'General Operations Force' (PGA) untuk lawan komunis dulu.

''You do not need 'General Operations Force' now (anda tidak perlukan PGA sekarang),'' kata Nurul Izzah seperti dipetik daripada rakaman YouTube di http://www.youtube.com/watch?v>7RQ9gceBljE.

Bagaimanapun blog Suara Generasi Baru di http://www.suaragenerasibaru.com dalam entri semalam mengkritik kegagalan Nurul Izzah menjelaskan secara tepat latar belakang dan fungsi pasukan keselamatan tersebut dalam ceramahnya di Lucky Garden, Bangsar pada 16 Februari lalu.

Menurut penulis blog itu, Nurul Izzah yang bercita-cita ingin menjadi pemimpin atasan negara tidak mempunyai pengetahuan tentang pasukan keselamatan.

''Kita hanya mampu menggelengkan kepala menyaksikan kebodohan dan keceluparan Nurul Izzah dalam video tersebut apabila mengkritik penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah dan memanggil mereka sebagai 'Polis Hutan'.

''Kata Nurul Izzah, 'Polis Hutan' tugasnya melawan komunis dan oleh kerana komunis telah tiada, maka penghantaran pasukan ini ke sana tidak relevan sama sekali,'' ujarnya.

Penulis blog itu menjelaskan, PPH yang disebut Nurul Izzah tidak wujud lagi selepas ancaman komunis berakhir pada 1989 dan pasukan tersebut dikenali sebagai PGA sejak 1997.

Beliau memberitahu, fungsi pasukan tersebut yang pada asalnya menentang pengganas komunis juga telah dirombak kepada usaha menjaga keselamatan di sempadan dan perairan negara, ancaman pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI), aktiviti rompakan di laut, penyeludupan, antipengganas, ketenteraman awam, mencari dan menyelamat serta pencegahan jenayah.

''Jadi apa yang berlaku di Sabah menepati semua fungsi PGA dan bagi Nurul Izzah untuk menyatakan penghantaran pasukan ini ke sana sebagai salah atau tidak relevan, hanya menunjukkan Nurul Izzah bercakap kosong dan langsung tidak punya apa-apa pengetahuan yang melayakkan beliau untuk mengulas mengenai isu Sabah,'' katanya.

Penulis blog Suara Generasi Baru turut mempertikaikan kenyataan Nurul Izzah yang memperlekehkan Cawangan Khas yang dikatakannya berfungsi untuk mencari 'budak hilang' selain mahu cawangan itu dimansuhkan dan anggota-anggotanya dijadikan pegawai penyiasat.

Tambah beliau, Nurul Izzah perlu tahu fungsi Cawangan Khas ialah untuk mengumpulkan risikan berkaitan ancaman dari dalam dan luar negara serta sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara.

''Dalam krisis di Sabah, Cawangan Khas amat diperlukan bagi pengumpulan maklumat dan kerja-kerja perisikan yang halus dan sulit,'' katanya.


No comments:

Post a Comment

Member BSK