Jumlah Pengunjung

Wednesday 20 March 2013

NIK AZIZ Beri RAKYAT KELANTAN MAKAN SAMPAH !!!


Setelah dua tahun kempen kebersihan dilancarkan, namun tahap kesedaran orang ramai dalam menjaga kebersihan di sekitar bandar ini masih rendah, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Fauzi Mat.

Beliau berkata, ini membantutkan sasaran MPKB-BRI untuk menjadikan bandar ini bersih sepenuhnya.



"Apa yang dikesalkan masih terdapat dalam kalangan penduduk yang misalnya membuang sampah di luar tong sampah yang disediakan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Hari Tanpa Penggunaan Beg Plastik di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Ia dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Zainuddin Awang Hamat.
Fauzi berkata, di bawah undang-undang kecil mencegah kekotoran MPKB-BRI, pihaknya telah mengeluarkan saman terhadap lebih 500 kes tahun lepas dan tahun ini sehingga 18 Mac lepas, lebih 50 saman dikeluarkan.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan kebersihan bagi enam kategori termasuk restoran, kawasan perumahan, gerai makan dan tandas awam. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment

Member BSK