Jumlah Pengunjung

Sunday 3 March 2013

MUSLIMAH PAS Terbabit Di Telanjangkan !!!




Pas di bawah kepemimpinan ketika ini bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam dan hukum hudud sebaliknya sanggup bersekongkol dengan DAP semata-mata untuk mengejar kuasa.

Ahli Pas yang juga bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hassan Basri menegaskan, parti itu semakin hanyut dalam mengejar tampuk kekuasaan sehingga melupakan perjuangan asal.
"Sekarang semua itu tidak ada lagi dalam perjuangan tetapi sebaliknya menawan Putrajaya menjadi keutamaan Pas. Zikir pun dah tukar kepada Putrajaya.

"Bila saya dan rakan-rakan bangkit mempersoalkan pimpinan mengapa Pas tidak lagi memperjuangkan negara Islam dan hukum hudud, akhirnya kami tersingkir. Ini menunjukkan Pas semakin hanyut mengejar kuasa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu ceramah di Taman Melati di sini hari ini.

Sementara itu, Hassan mengingatkan ahli-ahli Pas supaya tidak membenarkan parti itu diperkudakan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Lihat bagaimana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sanggup membenarkan kalimah Allah digunakan bukan Islam seperti diminta DAP.
"Isu kalimah Allah pun Pas sanggup gadai, adakah dengan parti seperti ini yang kita mahu harapkan untuk menjaga Islam? Tidak tuan-tuan. Tidak.

"Rakyat khususnya umat Islam kena tolak Pas dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum nanti supaya Islam terus terpelihara serta subur di bumi Malaysia ini," ujarnya tegas.





No comments:

Post a Comment

Member BSK