Jumlah Pengunjung

Friday 1 March 2013

MUSA HASSAN... Kepala Punai Punya PAS !!!




Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mencabar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengemukakan bukti jika benar beliau sudah menyertai Pas.
"Minta dia (Mat Sabu) tunjukkan borang keahlian yang sudah saya tandatangani jika benar saya sudah masuk Pas," katanya ketika ditanya mengenai dakwaan Mohamad Sabu yang beliau sudahpun mengisi borang menyertai Pas.
Menurut Musa, dakwaan Mohamad Sabu itu tidak benar kerana beliau tidak pernah mengisi dan menghantar borang permohonan untuk menyertai mana-mana parti politik setakat ini.
Malah, beliau langsung tidak berminat untuk menceburi bidang politik selepas menamatkan perkhidmatan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Mana ada saya masuk Pas... saya tidak masuk mana-mana parti politik. Bagaimana saya boleh masuk Pas jika saya sendiri tidak pernah menandatangani borang untuk menyertai parti tersebut," katanya.





1 comment:

  1. Mat syiah ni memang suka menipu. PAS dan penipuan adalah sinonim. Tabung memali, kohilal, fitnah dan beribu ribu ribu ribu ribu macam lagi.

    (.....dan tidakkah mereka itu mahu berfikir?)

    ReplyDelete

Member BSK