Jumlah Pengunjung

Friday 1 March 2013

Menteri Besar Negeri Mana Buat Projek Dalam Pejabat ???







Kementerian Kerja Raya memaklumkan jejambat berhampiran Selangor Science Park 2 yang runtuh hari ini dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Menterinya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, jejambat di persimpangan bertingkat yang menjadi laluan ke Putrajaya dan Cyberjaya yang dibina oleh PKNS itu telah dibuka kepada lalu lintas pada Mac 2012.

Beliau bagaimanapun menjelaskan telah melawat jejambat itu sebelum ini selepas dimaklumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) terdapat pergerakan pada salah satu daripada tiang jambatan berkenaan pada 7 Disember lalu.

“Saya telah melawat jambatan ini selepas dimaklumkan terdapat pergerakan pada salah satu daripada tiang jambatan di Persimpangan Bertingkat Science Park 2 yang menjadi laluan ke Putrajaya dan Cyberjaya.

“Semasa lawatan tersebut saya telah diberi taklimat mengenai keadaan jejambat ini dan membuat keputusan untuk menutup jambatan ini dan laluan di bawahnya kepada lalu lintas sepenuhnya atas faktor keselamatan,” katanya melalui satu kenyataan media semalam.



Sehubungan itu, kata Shaziman, jejambat dan laluan itu telah ditutup kepada lalu lintas bermula 7 Disember 2012 dan satu lencongan jalan diadakan di KM P2.4 melibatkan Persimpangan Bertingkat Selangor Science Park 2 (antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya) di laluan Lingkaran Putrajaya bagi membolehkan kerja pemeriksaan dijalankan.

Menurutnya, beliau turut menandatangani satu warta (gazet) di mana jalan itu ditutup sehingga 31 Disember 2013 tertakluk kepada tarikh siap sebenarnya kerja-kerja membaiki jejambat itu.

“Bagi saya keselamatan pengguna tidak boleh dikompromi dan wajib diberi keutamaan,” katanya lagi.

Mynewshub.my semalam melaporkan kejadian jejambat berhampiran Selangor Science Park 2 runtuh sekitar pukul 1 tengah hari.

Jurucakap pihak lebuh raya memberitahu, jejambat itu memang sudah ditutup sejak beberapa bulan lalu dan sudah wujud retakan di struktur itu sebelum ini dipercayai akibat permukaan tanah yang lembab di kawasan jambatan berkenaan. 





No comments:

Post a Comment

Member BSK