Jumlah Pengunjung

Saturday 23 March 2013

KHALID IBRAHIM JATUH TERGOLEK DI DEPAN PEJABAT SUK SELANGOR !!!




Khalid Nak Bubar DUN Selangor Lepas Parlimen Pulak…
Satu persatu tindakan bodoh yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebelum ini, sewaktu kaum Cina sedang gembira menyambut sambutan Tahun Baru Cina, Khalid memberitahu akan mengumumkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih awal dari Parlimen.

Kata Khalid, beliau akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin tertinggi parti Pakatan Rakyat (PR) berhubung isu pembubaran itu.
Paling cepat akan dilakukan oleh Khalid adalah membubarkan DUN Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei, 15 hari selepas Tahun Baru Cina.
Selidik punya selidik, Khalid sebenarnya masih belum mengadakan sesi perbincangan dengan pemimpin-pemimpin ‘terhormat’ PR untuk menentukan tarikh pembubaran.

Padahal, sambutan Chap Goh Mei sudah semakin dekat.
Dalam isu itu, Khalid memperlihatkan dirinya tidak sabar untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dari kerajaan Perseketuan.
Cubaan Khalid itu dilihat seperti mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengumumkan pembubaran Parlimen dan terus mengisytiharkan tarikh PRU13.

Ditambah dengan cara terdesak yang dilakukan oleh beliau, Khalid menggunakan nama rakyat Selangor sebagai senjata ugutan kepada Najib.
Khalid sering kali memberitahu kepada umum, rakyat di Selangor sudah tidak sabar untuk menunggu PRU13 berlangsung serta tidak sabar untuk mengundi menentukan pemerintah ‘baru’ di Malaysia.

Kalau difikirkan secara logik, hakikatnya, Khalid sebenarnya takut untuk berdepan dengan kebenaran di mana semakin lama tarikh pembubaran Parlimen, semakin banyak tembelangnya akan pecah. Jadi, rakyat Selangor yang menjadi mangsa walhal sudah satu penggal Khalid mempergunakan rakyat di negeri itu.

Yang terkini, Khalid bercakap lain pula. Kalau di awal-awal beliau terlalu terdesak dan gelojoh untuk membubarkan DUN Selangor, sekarang dia hanya akan membubarkan DUN Selangor selepas Parlimen dibubarkan. Kenapa?
Nampak jelas, Khalid tidak mempunyai pendirian yang tetap dan tegas dalam kuasa pemerintahannya. Sekejap sangat dia mudah untuk mengubah kata-kata yang diungkapkan sebelum ini.

Selepas perasmian Seminar of New Approaches on Development on Affordable Homes by Using Pre Fabricated (IBS) Concept in Selangor, Khalid mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Tarikh pembubaran itu akan berlaku jika Kerajaan Persekutuan umumkan pembubaran, kalau Kerajaan Persekutuan bubar parlimen esok, jadi kerajaan negeri akan bincang untuk buat keputusan sama ada bersama Kerajaan Persekutuan atau tidak,” kata Khalid.

Itulah kenyataan Khalid. Katanya mahu membubarkan sama dengan Parlimen, tapi, makna sebenar kenyataannya itu adalah lebih lambat dari Parlimen. Persoalannya, apakah permainan yang cuba dilakukan oleh Khalid? Semakin takut?
Kalau isu ini Khalid tidak mempunyai pendirian yang tegas, macam mana nak menentukan hala tuju kerajaan negeri Selangor jika diberi mandat lagi untuk mentadbir sebagai Menteri Besar.

Benarlah, Khalid memang suka putar-belitkan keadaan. Permulaannya mengatakan DUN Selangor mahu dibubarkan awal disebabkan rakyat Selangor sudah tidak sabar untuk menantikan PRU13, apakah alasan kali ini untuk melewatkan pembubaran DUN Selangor dari Parlimen? Sebab rakyat jugakah?
Tidak mustahillah kalau dalam Manifesto 2008 Khalid memberitahu itu adalah janji dan apabila hampir dekat dengan PRU13, Khalid mengubah kata-katanya dengan mengatakan manifesto bukan janji.

Sememangnya Khalid tidak pernah tetap dengan pendiriannya, apatah lagi dalam usaha untuk mengotakan janji-janji kepada rakyat. Wahai rakyat Selangor, bukalah mata siapakah Khalid ini!





No comments:

Post a Comment

Member BSK