Jumlah Pengunjung

Wednesday 13 March 2013

KERAJAAN Zalim Pada BELIA ???



Sebanyak 2,600 golongan muda berumur 21 tahun ke atas menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Berangan di sini hari ini.
Majlis penyerahan BR1M itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahya.

Shabudin berkata, golongan muda yang menerima BR1M 2.0 untuk DUN Permatang Berangan adalah yang paling ramai berbanding kawasan lain.
"Kita terpaksa buat dua sesi iaitu 1,300 orang untuk terima BR1M pada sebelah pagi dan bakinya diberikan pada sebelah petang bagi memastikan perjalanan pemberian bantuan ini berjalan dengan lancar.

"Pemberian ini juga membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin tanpa meminggirkan mana-mana pihak termasuklah generasi muda yang berumur 21 tahun ke atas dan yang masih belum berkahwin," katanya dalam sidang akhbar sempena majlis itu di Kompleks Komersial Tasek Gelugor di sini hari ini.

Menurut Shabudin, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi mendekati golongan itu melalui beberapa saluran termasuk bantuan keusahawanan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

"Sekarang ini orang muda yang ingin terlibat dalam perniagaan sama ada berniaga burger, atau bundle sekalipun tidak perlu bimbang kerana kita sediakan platform keusahawanan dengan pemberian pinjaman TEKUN kepada mereka yang berminat.

"Di DUN Permatang Berangan sendiri, kita kenal pasti lebih daripada 70 peratus permohonan terlibat dalam bidang keusahawanan terdiri daripada mereka yang berumur 37 tahun ke bawah," jelasnya.

Tambah beliau, peratusan itu menunjukkan gerakan keusahawanan dalam kalangan generasi muda di kawasan itu semakin berkembang dan pihaknya sangat menggalakkan budaya tersebut.

Dalam pada itu, Shabudin berkata, bantuan juga diberikan kepada masyarakat yang kesempitan hidup dan tidak mampu bekerja kerana sakit atau mengalami kecacatan fizikal kekal.

"Bagi golongan yang mempunyai masalah kesempitan hidup kita ada peruntukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Lebih daripada 600 orang sudah menerima bantuan sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun barangan dan peralatan.

"Kita juga mendapat peruntukan daripada Zakat Pulau Pinang dan sebab itu saya minta sesiapa yang mempunyai masalah supaya tampil beritahu kita, jangan diam sahaja kerana kalau kita tidak dapat maklumat, macam mana kita nak membantu," katanya.


No comments:

Post a Comment

Member BSK