Jumlah Pengunjung

Friday 8 March 2013

KANADA Buktikan ANWAR Terlibat Dalam Perancangan LAHAD DATU !!!





Selepas portal dan media Filipina mendedahkan Anwar Ibrahim sebagai dalang kepada pencerobohan lanun-lanun Sulu pimpinan Jamalul Kiram III dan Nur Misuari, Anwar Ibrahim sebaliknya mengambil keputusan untuk menyaman UTUSAN MALAYSIA dan TV3 kerana memetik kenyataan daripada portal-portal berkenaan.

Ketua Umum PKR yang sedang terdesak itu tidak langsung berani mengambil tindakan terhadap portal-portal berkenaan meskipun secara jelas, portal-portal tersebut merujuk kepadanya. Bahkan menyebut namanya secara jelas, ANWAR IBRAHIM.

Apabila ditanya mengapa dia tidak mahu mengambil tindakan terhadap portal-portal Filipina itu, Anwar menyatakan bahawa portal-portal berkenaan tidak menyebut namanya berbanding UTUSAN MALAYSIA dan TV3. Dan apabila wartawan menyatakan bahawa hujahnya itu dangkal dan tidak benar, Anwar Ibrahim secara tegas menyatakan, 'YOU ULANG, I SAMAN YOU'.

Anwar Ibrahim sebagai dalang kepada segala kejahatan dan kekacauan di negara ini, sudah terlalu lama diperkatakan. Malah fungsinya sebagai BALACI dan BARUA ZIONIS sudah mulai dikesan semenjak tahun 1996 lagi apabila dia cuba menjual negara ini kepada George Soros dan kapitalis-kapitalis yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan Jerman.

Walaupun para pecacai dan penjilatnya berusaha untuk memulihkan imej Anwar Ibrahim dengan memperlekehkan setiap hujah yang menghala kepada Anwar Ibrahim, hakikatnya mereka tidak pernah berjaya mengenepeikan dakwaan tentang fungsi Anwar Ibrahim sebagai BALACI dan BARUA ZIONIS. Bahkan Anwar Ibrahim sendiri tidak dapat menerangkan mengapa dia terlibat dengan PAUL WALFOWITZ yang telah mengarahkan jutaan rakyat Iraq dibunuh dan minyak Iraq dikuasai sepenuhnya oleh Amerika Syarikat. Anwar Ibrahim sendiri secara tegas membela kewujudan Israel dan mengecam mana-mana pihak yang menyerang Israel serta kepentingan negara haram Zionis itu.

Nah, sekarang, sebuah portal Kanada pula melakukan pendedahan berhubung pembabitannya dalam pelbagai kejahatan termasuklah serangan lanun-lanun Sulu ke atas Sabah. Takkan Anwar Ibrahim akan menyuruh Wan Azizah mengatakan bahawa portal tersebut telah dibayar oleh UMNO dan Barisan Nasional sepertimana yang dikatakan oleh Wan Azizah terhadap REUTERS, MANILA POST dan INQUIRER NEWS.

Malah portal yang berpangkalan di Kanada itu, turut mendedahkan pembabitan wang-wang Zionis dan Barat yang mencurah untuk program-program membabitkan Anwar Ibrahim seperti BERSIH dan sebagainya.

Takkan BAHASA INGGERIS yang digunakan oleh portal ini, tidak difahami oleh Anwar Ibrahim sebagaimana perlecehannya terhadap wartawan-wartawan yang bertanyakan kepadanya perihal dakwaan portal-portal Filipina?

Atau dia buat-buat buta dan pekak?


(SUMBER)

No comments:

Post a Comment

Member BSK