Jumlah Pengunjung

Thursday 14 March 2013

ILMU HITAM Penceroboh LAHAD DATU Boleh Bertukar Menjadi HARIMAU JADIAN !!!




Apakah ular hitam itu jelmaan 'jin' dari tangkal-tangkal yang terpesek kukuh terlilit di tubuh sang pengganas ? Malah kabaran buruk yang masih belum tersangkal, kawasan ladang sawit di Felda Sahabat, Lahad Datu..tempat sembunyian pengganas kini dihurung ular-ular yang jarang ditemui. Apakah ular-ular yg wujud seketika itu jelmaan dari jin-jin yg melingkari tangkal kebal mereka ? Mungkin sekadar mitos ceritaan mulut rakan-rakan mungkin, namun bisa jadi benar, siapa tahu ?


Jangan Gila ! Dari cerita sahabat yang banyak mengubat orang melalui pengubatan Islam yang dikenal dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bilang, satu ketika di perkampungan beliau mengubat seorang 'pesakit', yang sangat jelita, maksudnya seorang gadis yg masih perawan, namun sering terganggu bila saat senja apabila perlakuannya terus menjadi sangat aneh kerna ia tidak bisa berjalan sebagaimana manusia, tetapi sgt kencan menyusur seperti ular.

Saat pengobatan berlangsung, terjelma keluar susuk ular hitam yang sangat jengkil dan bengis lalu hilang dan ghaib, jelas gadis itu kerasukan jin jahat serta tersihir. Jin-jin yang berupa ular ghaib juga dibilang orang sangat berkaitan dalam usaha menyihir manusia untuk jadi halimunan, tidak terlihat orang akan kelibat tubuhnya di suatu masa. 

Kisah seterusnya di Lahat Datu, saat tumpas dan tewas sang pengganas yang ber'gelar' ! Baca yaa..!!


Bilangan penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka sebenarnya tidak kebal, sepertimana yang diperkatakan. "Ini terbukti apabila pasukan keselamatan menembak mati 54 orang daripada mereka," kata Penolong Ketua Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohammed Yusoff.


Beliau berkata, cerita mengenai kekebalan penceroboh Sulu itu menjadi percakapan ramai apabila tersebar di laman sosial gambar mereka yang terbunuh memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badan. Ramli berkata, penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan berkenaan bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad.

Tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk menjadi kebal, ternyata tidak berkesan apabila 54 daripada mereka mati ditembak di dua lokasi berasingan di Lahad Datu dan Semporna sejak 1 Mac lalu.

Tangkal terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang diikat dengan tali dan dililit di pinggang.

The Lion Of Sulu, akhirnya tumpas dengan peluru, ternyata tangkal yang mereka agungkan tidak mampu menangkis peluru tidak bermata.

Malah tangkal itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang daripada pengganas yang ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di sini, dan amat menyedihkan tangkal itu dipakai di celah kelangkang.

"Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam mempertahankan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita," katanya. - BERNAMA


(SUMBER)

No comments:

Post a Comment

Member BSK