Jumlah Pengunjung

Sunday 3 March 2013

Demontrasi Ahli PAS Di Kelantan Semalam !!!

Sebahagian penyokong Pas membawa pelbagai sepanduk dan poster yang mendesak Pas supaya keluar daripada pakatan pembangkang di Kota Bharu, Kelantan, semalam.


Satu lagi demonstrasi diadakan oleh ahli Pas di negeri ini bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang kerana sudah terpesong jauh daripada perjuangan asal mereka untuk menegakkan Islam.

Kumpulan diketuai Zakaria Salleh, 58, yang juga bekas Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) itu turut berpendapat, 'kerosakan' yang berlaku dalam Pas tidak akan dapat dibaiki lagi sekiranya terus bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika ditemui selepas demonstrasi tersebut, Zakaria yang menyertai Pas pada Jun tahun lalu berkata, beliau amat kecewa apabila mendapati Pas tidak memperjuangkan Islam seperti yang digembar-gemburkan oleh pemimpin parti itu.






No comments:

Post a Comment

Member BSK