Jumlah Pengunjung

Monday 18 March 2013

DAP, PKR, PAS Bergaduh Rebut Kerusi !!! haha.. macamana nak memerintah ni...




Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong pakatan pembangkang mahukan seorang wakil rakyat yang terdiri daripada calon tempatan yang tulen dan berdaftar sebagai pengundi di kawasan tersebut.
Setiausahanya, Tan Chew Wah  berkata, wakil rakyat yang dipilih seharusnya dalam kalangan penduduk tempatan yang tentu dapat memahami masalah penduduk di kawasan tersebut.

"Ketulenan seseorang calon itu boleh diukur dengan melihat di manakah calon itu berdaftar sebagai pengundi. Kita difahamkan terdapat cadangan di peringkat DAP Selangor yang mahu meletakkan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Zon 13, Eddie Ng sebagai calon. Kami menolak cadangan tersebut kerana beliau bukan calon tempatan.

"Kami mahukan Ahli MPKj, Tan Boon Wah diletakkan sebagai calon sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong sekarang, Yap Lum Chin tidak dicalonkan semula. Boon Wah mempunyai potensi untuk menang kerana beliau ialah penduduk di sini," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.







No comments:

Post a Comment

Member BSK