Jumlah Pengunjung

Monday 18 March 2013

ANWAR TERDESAK JUAL NAMA PEMIMPIN PAS UNTUK SELAMATKAN PASANGAN SEKS NYA !!!



Sepatutnya sepertimana mesej yang diterima, malam ini, Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib akan memimpin satu majlis solat hajat dan bacaan Yassin, solat maghrib dan solat Isyak bagi menolak apa yang dikatakan sebagai FITNAH UMNO di rumah Anwar Ibrahim di Bukit Segambut.

Semuanya ekoran tersiarnya gambar-gambar hubungan sejenis dua lelaki yang mana salah seorang daripada mereka menyerupai Anwar Ibrahim pada penghujung tahun-tahun 90-an.

Bagaimanapun, adalah difahamkan, Anwar Ibrahim tidak berada di rumahnya malam ini, sebaliknya telah berlepas ke Bintulu dengan menaiki pesawat MH2742 pada jam 10:40 pagi tadi. Dari Bintulu, keesokan harinya dia akan meneruskan perjalanan ke Kuching dengan pesawat MH 229. Pada jam 10:40 pagi 18 Mac juga, dia akan meneruskan perjalanan ke Singapura dari Kuching dengan penerbangan MH 643 dan transit di KLIA.

Diajukan perkara itu kepadanya, Harun Taib terus melenting dan berkata, dia tidak tahu menahu tentang majlis tersebut. Bahkan dia menafikan akan memimpin solat hajat tolak fitnah liwat III di kediaman Anwar Ibrahim malam nanti.

Harun ketika dihubungi wartawan sebentar tadi, kesal dengan tindakan PKR menggunakan namanya tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.

Dan ketika ditanya tentang gambar-gambar yang tersebar di blog-blog politik tempatan yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, Harun menjelaskan dan mengakui, dia telah melihat gambar-gambar tersebut. Malah perkara itu juga telah dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Ulama PAS Pusat.

Ketika ditanya sama ada dia yakin lelaki di dalam gambar-gambar berkenaan adalah Anwar Ibrahim, Harun Taib terdiam seketika dan kemudian berkata, "Kita dah bosan dengan cerita-cerita moral Anwar Ibrahim!"

Menurutnya lagi, perkara itu membuang masa serta mengganggu kelancaran misi Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Harun juga berharap kali ini PAS akan dapat membuat satu keputusan muktamad kerana tidak banyak lagi masa yang tinggal untuk menghadapi PRU13.

Ada banyak perkara tersirat dan tersurat dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Harun Taib, terutama ayatnya, 'KITA DAH BOSAN DENGAN CERITA-CERITA MORAL ANWAR IBRAHIM!"

Tetapi yang sahnya ialah, Harun sudah menyampah dengan tindakan PKR yang sangat gemar mempergunakan namanya semata-mata untuk membersihkan najis Anwar Ibrahim!


(SUMBER)


No comments:

Post a Comment

Member BSK