Jumlah Pengunjung

Saturday 9 March 2013

ANWAR Mengamuk Bila Tahu SABAH & SARAWAK Bersatu Pertahankan Hak Mereka !!!





Oleh itu, insiden Lahad Datu bukan sahaja satu pengajaran dan peringatan, tetapi ia telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu bersatu tanpa syarat.   Biarpun Sabah dan Sarawak sering dianggap terasing dan gemar mengasingkan diri dari Semenanjung, tetapi itu tidak bermakna kita tidak menyayangi sesama sendiri.  

Buktinya, anggota-anggota keselamatan dari Semenanjung bergadai nyawa mempertahankan Sabah, begitu juga anggota dari Sarawak.  Akibatnya, 6 anggota dari Semenanjung, 1 dari Sabah dan 1 dari Sarawak telah pun terkorban, dengan beberapa orang dari mereka telah terlebih dahulu disiksa dengan kejam oleh pengganas. 
1. Sarjan Sabarudin Daud, 46, dari Kem Ulu Kinta, Perak
2. Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29,dari Kem Ulu Kinta, Perak
3. Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman

4. Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau

5. Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau

6. Koperal Salam Togiran, 42, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

7. Asisten Supritendan Michael Padel, 36, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna

8. Sarjan Baharin Hamid, 49, dari Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Sabah. 



Perasaan sayu dan tidak sampai hati mendengar bagaimana pengganas-pengganas menyembelih, memotong tangan dan mencungkil mata anggota keselamatan kita kini bertukar menjadi marah yang amat sangat.  Sedar tidak sedar, kesayuan dan kemarahan itulah yang membentuk semangat patriotik serta keinsafan di dalam diri masing-masing, termasuk yang selama ini musykil dengan tindakan kerajaan. 

Rakyat Malaysia kini bangkit menyatakan cinta mereka pada negara dan hormat mereka kepada pasukan keselamatan dan pertahanan kita.  Kita semua sepakat bahawa Sabah adalah milik kita, milik Malaysia.  

Kita tidak akan membiarkan saudara-saudara kita di Sabah diperintah oleh masyarakat pengganas yang tidak bertamadun.  Kita tidak akan biarkan saudara-saudara Islam kita di sana terpesong dengan ajaran Islam yang bercampur baur dengan ilmu hitam yang diamalkan oleh kepimpinan pengganas Sulu.   Kerana kita pasti, setiap rakyat Sabah cukup maklum bahawa negeri itu tidak mungkin semakmur hari ini, dan hidup mereka tidak mungkin sejahtera seperti hari ini, jika tidak berada di bawah Malaysia.   

Hari ini, pengganas Sulu cuba merampas semua nikmat ini dari mereka, untuk apa?  Sekadar untuk membuat huru-hara atas jumlah bayaran tertentu oleh pihak tertentu – untung nasib, menjadi Raja, biarpun tidak mampu memerintah.

Justeru, jangan kita sesalkan wira-wira kita yang pergi.  Mereka bukannya pergi sia-sia, tetapi pergi dengan memberi pengajaran agar kita tidak kufur dengan nikmat kemakmuran, mereka pergi sebagai peringatan bahawa keamanan itu bukan ‘hak semulajadi’ rakyat Malaysia, mereka pergi dengan menyemai semangat sayangkan negara, mereka pergi dengan seruan agar kita semua bersatu.  

Merekalah wira dan pengorbanan mereka wajib dibalas dengan terus memastikan bahawa Sabah kekal menjadi milik kita!  



No comments:

Post a Comment

Member BSK