Jumlah Pengunjung

Wednesday 6 March 2013

Agenda Tersirat Anwar Tidak Mahu Menyaman Media Filipina !!!




Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seringkali menyaman media arus perdana terutama Utusan Malaysia dalam cubaan menutup kesalahannya sememangnya sudah dijangka dan tidak menghairankan masyarakat negara ini.

Walau bagaimanapun, sikap 'pilih bulu' beliau menimbulkan keraguan kerana hanya menyaman Utusan Malaysia berhubung dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Bekas Ketua Ranting Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sepang Selatan, Mahful Wahid mempersoalkan agenda tersirat Anwar yang 'enggan' menyaman media Filipina, Inquirer News, Reuters dan agensi perisikan Filipina kerana mengeluarkan laporan tersebut.

"Utusan Malaysia hanya merujuk kepada laporan yang dibuat oleh ketiga-tiga pihak tersebut. Mengapa hanya saman media di negara ini dan bukan media asing? Rakyat sudah bosan dengan permainan saman-menyaman ini.




No comments:

Post a Comment

Member BSK