Jumlah Pengunjung

Sunday 17 March 2013

60 Ribu Rakyat KELANTAN LUDAH MUKA NIK AZIZ !!!




SEBAHAGIAN daripada 400,000 peserta yang hadir pada Program 1 Million Purple Walk sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2013 di Putrajaya, pagi tadi. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Mar 17, 2013 12:45 pm.....

60,000 sertai 1Milion Women Purple Walk peringkat Kelantan
Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

KOTA BHARU 17 Mac - Lebih 60,000 kaum wanita terdiri daripada penjawat sektor awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar institusi pengajian tinggi menyertai Program 1Milion Women Purple Walk 2013 yang diadakan di 10 lokasi di seluruh negeri ini.

Daripada jumlah itu, kira-kira 15,000 orang hadir pada program berkenaan di Lembah Sireh di sini, serentak dengan pelancaran 1Malaysia komuniti Perwani peringkat negeri ini yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sebagai simbolik pelancaran program berkenaan, Mustapa juga turut bersama-sama dengan ribuan peserta berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer di kawasan berkenaan.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Zarina Eusop

Selain itu, program yang bermula seawal jam 8 pagi itu turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya senamobik, persembahan pancaragam dan dikir barat.

Mustapa yang ditemui selepas program tersebut berkata, perhimpunan ini adalah untuk meraikan golongan wanita yang telah memainkan peranan besar dalam pembangunan negara.

Beliau berkata, ia juga untuk memberikan sokongan kepada golongan berkenaan supaya terus bersemangat untuk berada bersama-sama di barisan hadapan bagi memajukan negara.

"Hari ini di peringkat negeri, kita telah berjaya menghimpunkan lebih 60,000 golongan wanita dan ini merupakan kejayaan yang cukup besar.

"Perkembangan ini membuktikan golongan wanita sangat selesa dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memartabatkan golongan ini," katanya di sini hari ini.



No comments:

Post a Comment

Member BSK